![]() |
Nie langkah-langkah menggulung shushi, mudahkan? Boleh diolah dengan pelbagai bentuk, supaya menarik, tertarik yang penting rasanaya kebabommmm |
Asal-usul aku tau resepi nie daripada rakan rumah sewa. Nama ringkas kami geng Sg Ara (Lynn, Diha dan Aku) ini kumpulan kongsi tak berapa gelap kekeke, tapi telah dibubarkan setelah masuk asrama USM. Ok balik kepada shushi, kemudian shushi nie diolah sikit supaya ikut selera tekak kami. Ramai rakyat Malaysia yang tak suka shushi sebab rasanya tidak sedap. Opkos la orang Malaysia nak makan ikut tekak Jepun, memang la tak sedap. Ramai tanya camna nak buat, nah aku abadikan kat sini.
Cara membuatnya simple
1) Masak dulu lauk shushi- telur goreng dadar, isi ketam goreng@ rebus, isi ayam potong dadu dan tumis ikut selera, aku masak cilipadi al -maklumlah semua hantu cili kat rumah:).
2) Masak nasi. Ada dua pilihan nak beli nasi shushi terus masak atau beras biasa campur dengan beras pulut (anggaran 1 gelas beras biasa, setengah gelas beras pulut) . Masa masak nasi tu campur sekali garam, gula dan cuka. Ikut sesedap rasa korang.
3) Rumpai laut boleh beli kat supermarket jenama bibigo sedap yang penting ada cop halal JAKIM.
4) Kemudian sediakan bamboo tempat mengulung shushi( jangan curi lapik meja bamboo mak korang plak) ^^.
5) Letakkan rumpai laut, ratakan nasi kat atasnya, masukkan lauk dan gulung hingga padat. Potong2 .
6) Cicah dengan sos teryaki, ok orang malaysia cakap 'kicap masin'. Wasabi kami sambal kering jawa fuhh memang menyegat :)
Tips
*Semasa masak nasi,lebihkan air sedikit biar lembik2, senang nak ratakan di atas rumpai laut.
*Lepas nasi dah masak, biarkan dalam 15 minit , lepas tu terus gulung, jangan teralu panas, nanti rosak rumpai laut , tapi jangan plak dah sejuk susah nak ratakan kat atas rumpai.
*Inti shushi ikut suka hati nak letak satu jenis lauk pun boleh, tiada masalah.
Arigatou gozaimasu
Mata aimashou ^_^
No comments:
Post a Comment