hai! :)
Bergelar pelajar semula setelah setahun berehat.. berehat bukan saja-saja , tapi mengumpul duit untuk pendaftaran peringkat seterusnya.di mana? suasana pelajaran formal yang aku inginkan selama nie di Center for Islamic Development Management Studies USM . Aku bersyukur Allah mentakdirkan aku menjadi sebahagian daripada keluarga ISDEV. Walaupun banyak rintangan yang aku hadapi semasa nak masuk ke ISDEV nie.
Penat lelah kumpul duit dalam jangka masa 'waktu berehat' itu jadi guru ganti, berniaga tasbih digital, berniaga bantal panas, dan akhir sekali aku berniaga kat bazar ramadhan sebelum daftar masuk ke ISDEV selepas dua minggu raya puasa.. lepas tu borang pendafataran pun aku terpaksa hantar dua kali, ada sehelai sijil aku x cop disahkan original. bukanlah pihak USM menolak permohonanku , tetapi aku risau x dapat masuk ISDEV. hehehe semangat kan...
Sebelum nie aku juga banyak bertanya dengan senior-senoirku yang terlebih dahulu merasmikan kaki masuk ke ISDEV (kak Syahirah dan kak Widad )mereka sangat membantu dalam memberikan semangat. Ada juga Allah hantar seorang rakan sekelas masa ijazah dulu yang banyak tolong dan bagi informasi kat aku mengenai ISDEV (Syahmi). Allah memang maha baik (^_^)
Sebelum nie aku juga banyak bertanya dengan senior-senoirku yang terlebih dahulu merasmikan kaki masuk ke ISDEV (kak Syahirah dan kak Widad )mereka sangat membantu dalam memberikan semangat. Ada juga Allah hantar seorang rakan sekelas masa ijazah dulu yang banyak tolong dan bagi informasi kat aku mengenai ISDEV (Syahmi). Allah memang maha baik (^_^)
Ada juga yang bertanya kenapa x sambung oversea? aku jawab nie pun oversea apa.. dari Sabah ke semenanjung kena menyeberangi laut China Selatan bukan oversea ke macam tu ? kekeke..
Sampai pendaftaran kat USM, tak dibenarkan pula tinggal kat asrama, dan belum tentu dapat asrama. tengok jadual kelas dua minggu kemudian baru mula pelajaran.. untuk masa tu aku sangat yakin perancangan Allah memang sangat baik. Kenapa? sebab tahun lepas nak dijadikan cerita adik aku yang ke-5 berkahwin dengan orang Peneng. Alhamdulillah tumpang rumah mak mertua adik aku kat Bukit Mertajam la jawabnya.
Lepas tu berkenalan pula dengan seorang staf ISDEV. Allah menggerakkan hati hamba Allah tersebut untuk menyapa kami, bertukar-tukar nombor telefon akhirnya dialah yang mencarikan rumah sewa kepada kami setelah kelas bermula, kerana pihak USM mendahulukan pelajar degree daripada master, sebab pelajar master dah besar katanya boleh berdikari sendiri. BAIK........ =_= tapi Alhamdulillah dapat rumah sewa pun murah, berkenalan dengan seorang kawan yang juga sama-sama menyewa( Lyn) , juga pelajar ISDEV , juga orang yang baik macam sahabat aku yang dari UNISZA nie (Dha) , dia ada kenderaan , Alhmdulillah lagi, tak perlu nak terkejar- kejar bas pada waktu pagi untuk ke USM..
Umur 25 tahun nie agak malu nak minta duit dengan ibu bapa, biarlah aku berusaha sendiri untuk mencari ilmu dengan kudrat yang ada..Alahmdulillah aku yakin dengan janji Allah (surah Muhammad ayat :7) di tambah lagi dengan hadis yang dibacakan oleh seorang senior dalam majlis pengajian "Allah akan jamin rezeki orang yang menuntut ilmu" dia bertanya yakin tak? yakin tak ? dalam hati aku jawab yakin. insyaAllah , Allah pasti bantu .
Rezeki bukan sahaja hanya duit, rezeki kesihatan, rezeki dipermudahkan kerja yang dilakukan, rezeki dimudahkan kefahaman, rezeki dapat pensyarah baik2, rezeki dapat sahabat2 memahami itu semua adalah rezeki, yang penting sejauhmana untuk kita bersyukur di atas rezeki tersebut. Kadangkala Allah menguji meneyebabkan dalam tak sedar kita mengeluh. Allah selalu meningatkan aku ayat nie menyebabkan aku beristighfar semula.
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(QS. 14:7)
Jika selalu memikirkan nikmat di dunia ini yang tidak diperolehi pasti rasa sesak dada dan bersedih. Allah tidak mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia. Ada keindahan dan pengajaran yang tersembunyi di sebalik takdir. Sebagai hamba Allah kita perlu berusaha mencari hikmahnya.
Inilah sebahagian keluarga ISDEV ,pensyarah , pelajar Master dan PHD sempena program bersama Tan Sri prof Dr Mohd Kamal Hassan yang berbicara mengenai 'masalah hati vs penyakit hati'.
No comments:
Post a Comment