Homemade Pizza.. tiba2 rasa rajin nak buat..sapa nak cuba, cubalah, sapa tak nak cuba boleh beli sendiri..kalau takde duit dok diam2 depan laptop.. berdoa, agar Allah datangkn seseorang utk belanja makan pizza
cara-cara membuat pizza.. sebelum tu panjangkan dagu ke depan sikit amik feel :p yang paling mudah search kat link My Resipi kat situ banyak di tunjukkn cara2 nak wat pizza. tapi pizza nie aku buat ikut suka aku jadi ada yang tambah dan ada yang aku tolak bahan2nya ikut selera aku. Ok jom masak oiii..
*Bahan A*
• 500 g tepung roti
• 12 g garam
• 8 g yeast
• 16 ml olive oil (atau minyak sayuran)
• 250 ml air suam
*Topping*
•tomato puri
• topping pizza (ikut suka hati contoh - ayam,sosej,daging olives, chillie pickles, nenas, tomato, etc)
• Keju cheddar @ mozarella
1)Masukkn suma bahan A kat atas dan uli hingaa sebati.kalau ada breadmaker senang campak je dalam mangkuk. kalau tiada guna tangan pun boleh.. (nak rasa air tangan tu cewahh, sila potong kuku ye,air kuku orang tak nak rase ok) lepas tu biarkn dalam sebiji mangkuk,rehatkn jap doh tu dlm 15 minit. Lepas tu letakkan doh yg telah diuli atas dulang pembakar.
2) Sapu kan permukaan doh dgn tomato puri.tomato puri tak tumis dulu takpe, tapi kalau yang mudah sakit perut tumis la.Topping atas pizza tu ikut la nak letak apa2pun terpulang pada selera masing2.
3) Paling penting keju mesti ada..cheddar atau mozarela boleh belake. tabur kat atas.
4) Bakar dalam oven dengan suhu 200 deg C selama 12-15 minit atau sehingga dough masak dan cheese telah cair.
Akhir skali keluarkn pizza dalam oven.. siap dimakan ketika panas. duduk ,baca doa makan dan makan dengan bergaya Cewahhh :)
No comments:
Post a Comment