life is a journey

life is a journey

Wednesday, 4 December 2013

Puisi - BERLARI TANPA HENTI

Assalamualaikum

hai ! :)

Puisi ini aku tulis ketika tertekan menyiapkan tesis ijazah satu ketika dulu. Tiba-tiba ada idea buat puisi. Kebetulan pada hari berikutnya seorang adik mencadangkan kepadaku untuk menghantar sebuah puisi untuk aku pertandingkan. 
Dalam keadaan sibuk menyiapkan tesis,  aku hanya menghantar puisi ini tanpa bertanya tema untuk pertandingan puisi tersebut. Selang dua hari aku berjumpa seorang pensyarah beliau memberitahuku dia menyukai puisi yang ditulis oleh 'REJIM AL-QASSAM' kerana beliau menjadi juri untuk pertandingan puisi tersebut, aku sambut dengan senyuman :) lalu adik junior yang menguruskan pertandingan tu berkata 'Dr. orang yang tulis puisi tu kat depan dr. pensyarahku terkejut.aku hanya ketawa:) 
Tapi puisi tu salah tema, kerana pada ketika itu puisi yang dikarang mestilah bertemakan 'Hari Guru' . Dah jelaslah memang kalah. Bukan semata-mata kerana hadiah tapi pengalaman yang indah untuk 'puisi tertekan' . 
Kali ini, terutama hari ini, aku mengalami tekanan yang sama, mungkinkah masa yang indah untuk buat puisi hehe :) 

Tiada ayat-ayat puitis macam  Pak Samad. Cukup sebagai peringatan kepada tangan yang menulis dan mata yang membaca.

Nah...

BERLARI TANPA HENTI
Si pencinta ilmu
Ku lihat kau keletihan
Membimbit buku di lengan
Nafasmu tersedu sedan
Mencari murabbi yang tak kunjung datang
Di pentas ilmu
Kau beraksi tiada tertanding
Di pentas agama
Kau seperti orang asing

Rasa berdosa kian menjerut lehermu
Tatkala misi dakwah terus dibiarkan
Tetap memijak bumi ciptaan tuhan
Tetapi culas menjunjung amanah yang diberikan
Disaat dirimu terus berlari
Terasa sangat meletihkan

Adakah ia menjanjikan sesuatu yang setimpal
Atau hanya khayalan dunia yang menyesakkan dada
Kau terus berlari...
Melihat rakan di kanan dan kiri
Dalam hati berteka-teki
Sampai bila harus begini
Adakah sampai nafas terhenti?



Dalam mencari erti hidup
Kau mula menyedut udara baru
Kau mula bernafas dalam jiwa hamba
Mengumpul  kekuatan daripada doa
Yang dilantunkan di malam gelita
Sujud akur di sejadah
Menyerah cinta pada pemberi cinta

Terasa sungguh membahagiakan
Apabila setiap nafas dalam keredhaan
Walupun keringatmu memercik ke bumi
Tapi langkahmu semakin gagah berlari
Mengenggam misi dakwah di akhir zaman
Menjadi permata kesayangan rasulullah s.a.w

Biar seluruh semesta tidak mengenalimu
Namun dirimu menjadi kegilaan bidadari syurga
Namamu mahsyur di kalangan malaikat
mendoakan dan memujimu tak mengenal tempat
teruskan berlari wahai sahabat...
kerana dirimu bukan warganegara dunia
dirimu layak di syurga!

By Rejim Al-Qassam  Sains Sosial Sem 8 (2012)

No comments:

Post a Comment